TAWAU: Seorang lelaki dalam keadaan berbogel ditemui maut selepas jatuh dari bangunan di salah sebuah restoran makanan segera, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.17 tengah hari.
“Pengadu melaporkan bahawa terdapat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah akibat terjatuh dari tingkat atas bangunan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit kurang siuman dan saksi kejadian adalah seorang petugas pengawal keselamatan di restoran berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, saksi melihat lelaki terbabit datang ke kawasan bangunan dan terus memaklumkan pengurus restoran untuk menutup pintu belakang kerana risau dia akan masuk ke dalam premis.
Namun selepas itu katanya, pekerja restoran yang berkerja di bahagian pandu lalu memberitahu terdapat seorang lelaki jatuh di luar bangunan.
“Ketika kejadian berlaku, tiada sebarang saksi sama ada lelaki terbabit terjatuh sendiri dari bangunan berkenaan atau bunuh diri.
“Mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X
More Stories
Tiada faedah alternatif ditawar kepada 165 pesara LPPS yang tuntut hak wang caruman RBS: Kementerian Kewangan
Dua cedera kemalangan dua lori muatan kelapa sawit di Beluran
Lima rumah teres terbakar di Lahad Datu