TUARAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 5.7, Jalan Tamparuli-Kiulu, berhampiran Kampung Rangalau Baru, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati, lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun.
Katanya, lori berkenaan bergerak dari arah Kiulu menuju ke Tamparuli, manakala penunggang motosikal dari arah bertentangan.
“Kemalangan berlaku di satu selekoh menuruni bukit yang agak menjunam. Motorsikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas mengelongsor ke arah hadapan lori di lorong bertentangan.
“Akibat daripada kejadian itu, mangsa bertembung dengan lori dan penunggang motorsikal mengalami cedera parah di bahagian badan dan kepala,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Hamizi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tuaran yang tiba di lokasi kemalangan.
Katanya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK