LABUAN: Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan bersama ayam sabung menerusi operasi pemantauan di kawasan jalan pesisir pantai Kampung Nagalang, di sini, petang semalam.
Sehubungan itu, Suspek berusia 45 tahun sedang memandu kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan ketika pemantauan dijalankan.
Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Persekutuan Labuan, Asistan Superintenden Saidul Maruf Rosli, hasil pemeriksaan mendapati suspek menyimpan beberapa buah kotak berisi ayam jantan disyaki jenis sabung.
Saidul Maruf berkata, kesemua ayam terbabit dipercayai diseludup dari persisir pantai Kampung Nagalang untuk dibawa ke daerah Menumbok melalui jalan laut.
Katanya dalam sebuah kenyataan media hari ini, jumlah keseluruhan rampasan termasuk beberapa ekor ayam dan kenderaan bernilai RM85,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“Bagaiamapun, Saidul Maruf berkata, kes disiasatan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Dalam pada itu, Saidul Maruf meminta agar semua masyarakat maritim khususnya yang tinggal di kawasan persisir pantai menyalurkan sebarang maklumat bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK