KOTA BHARU, 2 April – Mayat seorang lelaki berusia 43 tahun ditemui lemas di Sungai Kelantan, semalam, selepas dua hari jatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra pada Rabu lalu.
Menurut keluarga mangsa, sebelum kejadian, mangsa dipercayai berada dalam keadaan kemurungan dan berhalusinasi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, mayat mangsa dijumpai di lokasi Pam Air Kampung Paloh oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
“Mayat ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian disebabkan lemas.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan selepas mayat dijumpai,” katanya ketika dihubungi media pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Ismail Petra di sini, pada Rabu.
Kejadian itu disedari seorang pengguna jambatan berkenaan pada pukul 11.15 malam.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK