TAWAU: Tidak sedar diuntung apabila seorang anak tergamak mengugut akan membakar rumah bapanya di Felda Umas, di sini, Rabu lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam apabila suspek berusia 30-an dikatakan tiba-tiba mengamuk dan bertengkar sebelum mengugut akan membakar rumah yang didiami.
Bimbang dengan ugutan itu, bapanya berusia lingkungan 60-an tampil membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan laporan yang dibuat, polis telah menjalankan operasi bagi mengesan suspek terbabit.
“Suspek warga tempatan berjaya ditahan polis di kawasan Felda Umas, kira-kira jam 4 petang semalam.
“Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, hasil semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek terbabit dengan pelbagai kes membabitkan dadah dan jenayah di sekitar negeri ini.
“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ