Lelaki yang injak-injak dua anak dia di Tawau sedang kena siasat pulis

Seorang lelaki yang disyaki mendera dua anaknya di Ulu Balung, di sini sedang dalam siasatan pihak polis.

Video perbuatan lelaki terbabit tular di media sosial sejak kelmarin sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Dalam video itu, lelaki terbabit berkali-kali memijak kaki, perut, leher dan kepala kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dianggarkan berumur tiga hingga lima tahun.

Menerusi dua video masing-masing berdurasi 16 dan 26 saat itu, suspek turut kelihatan mengacukan senjata tajam dipercayai pisau sambil memijak dua kanak-kanak malang itu dengan mengugut mahu membunuhnya.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika ditemui Utusan Borneo mengesahkan sudah menerima laporan polis mengenainya.

“Aduan dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang bimbang keselamatan dua kanak-kanak terbabit selepas video dan gambar berkaitan tular sejak kelmarin.

“Bagaimanapun, kami masih menyiasat perkara ini termasuk kesahihan video dan gambar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, beliau juga sudah mengarahkan pegawai dan anggota bertugas ke lokasi seperti didakwa bagi tujuan siasatan, namun sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *