[ad_1]
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Juara Olimpik dua kali dari China, Lin Dan merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kedua selepas menewaskan bintang sensasi senegara, Chen Long, di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.
Pada aksi final yang penuh mencabar, Lin Dan kalah pada set pertama 9-21 sebelum bangkit untuk meraih kemenangan pada set berikut 21-17, 21-11 pada pertarungan selama 78 minit dan membawa pulang hadiah wang tunai US$49,000 (RM200,417).
Kejayaan itu turut membawa kenangan manis kepada lagenda badminton dunia itu apabila musuh tradisi yang juga kawan baiknya, Datuk Lim Chong Wei diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepadanya.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar