LIPUTAN 4G ENAM LOKASI DI KIULU DIREALISASI MELALUI KERJASAMA AHLI PARLIMEN TUARAN: SKMM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya merealisasikan peningkatan liputan 4G di enam lokasi di Kiulu dengan kerjasama Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut SKMM, peningkatan liputan itu merangkumi pemasangan gentian optik ke setiap menara telekomunikasi.

“Enam lokasi tersebut ialah Pukak, Lokub, Mantob, Kitapol, Kampung Sinorut dan Kampung Gonipis.”

Demikian menurut kenyataan SKMM yang dikeluarkan semalam, di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, SKMM  telah mengambil pendekatan responsif sejak beberapa bulan lalu dalam merapatkan  jurang digital terutama di kawasan luar bandar.

“Ini juga termasuklah menaik taraf rangkaian di pusat Internet komuniti berhampiran kepada sambungan gentian optik selaju 300 megabit sesaat (Mbps).

“Perkara itu sudah dibuat di Kampung Sapatalang, Sabah dengan liputan dinaik taraf daripada 3G kepada 4G sekali gus memberi manfaat komuniti termasuk kepada  seorang pelajar universiti, Veveonah Mosibin yang pernah tular,” jelas kenyataan berkenaan.

SKMM turut memberi jaminan untuk sedia menangani isu kesalinghubungan internet di seluruh negara secara serius.

“13 menara lagi bakal dibina di Pitas dan Kampung Mengkapon setelah mendapat kelulusan kerajaan negeri di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP),” ujar kenyataan itu. -https://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *