KUALA LUMPUR, 3 Mac — Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) meminta Perdana Menteri menyatakan sebab Malaysia tidak membuat perwakilan arbitration yang dibawa oleh pewaris Sultan Sulu di Perancis.
Katanya, tindakan Malaysia yang menghentikan bayaran pampasan sebanyak RM5k kepada waris Sultan sulu menimbulkan tanda tanya yang besar sehingga menyebabkan isu tersebut dibawa ke Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara (New York Convention).
“Tindakan tersebut akhirnya membawa kemenangan kepada mereka dimana Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak RM63Billion.
“Adakah kerajaan sedar bahawa pewaris Sultan Sulu mempunyai ruang dan peluang untuk menguatkuasakan penghakiman arbitration tersebut di bawah New York Convention?,” kata Madius.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja dalam Persidangan Parlimen Dewan Rakyat , di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Madius turut mempersoalkan kesan penghakiman tersebut terhadap kedaulatan Malaysia dan kedudukan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
Sebagai rekod, Malaysia telah menandatangani New York Convention pada 1958 di New York.
Pada Isnin lalu, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada waris sultan Sulu itu sekurang-kurangnya RM62.59 bilion.
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
Syarat Hamas dalam gencatan senjata di Gaza adalah realistik
Putin menang besar, peroleh 87 peratus undi