Madius rasmi Kaamatan UPKO KK hari ini

KOTA KINABALU: 9 Jun – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan Dan Perindustrian dan juga Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dijangka akan merasmikan Tadau Kaamatan UPKO hari ini kira-kira jam 1 petang bertempat di Dewan serbanguna Blok A, Kampung Kopungit akan diiringi oleh Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu Dennison R. Indang dan beberapa ahli Majlis Tertinggi UPKO.

Timbalan Presiden UPKO YB Senator Datuk Donald Peter Mojuntin juga dijangka akan turut serta.

Pengerusi Penganjur Puan Rowindy Lawrance Odong berkata, antara lain kenamaan yang telah mengesahkan kehadiran ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu YB Chan Foong Hin.

“Pelbagai acara menarik telah disediakan seperti pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi, Pertandingan melukis dan mewarna, Ratu fesyen kanak-kanak, pertandingan masakan tradisi, cabutan tiket bertuah dam juga terdapat pelbagai gerai jualan” kata Rowindy.

Kaamatan kali ini juga turut mendapat kerjasama dua persatuan iaitu Persatuan Bambarayon Kampung Kopungit Kota Kinabalu (Bambarayon) dan Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nuluh Kopungit (Pekebun)