Alix (kiri) menyerahkan Tiket Kepada ADUN Likas YB Tan Lee Fatt yang turut menderma dengan membeli tiket meja VIP.
KOTA KINABALU: Majlis Makan Malam Amal UPKO sempena 10 tahun penubuhan UPKO Bahagian Kota Kinabalu akan diadakan Sabtu (20 Julai) ini bertempat di Putera Ballroom, Taman Tun Fuad, Bukit Padang; bermula 6:00 petang hingga 10:00 malam.
Timbalan Pengerusi Penganjur Alix Sunggin berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie B. Hj Apdal dijangka akan hadir merasmikan majlis tersebut.
“Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden UPKO YB Datuk Seri Panglima Wilferd Madius Tangau juga akan turut serta dalam majlis tersebut.
“Hasil jualan meja tersebut akan didermakan kepada lima badan amal terplilih iaitu Persatuan Persatuan Thalassaemia Sabah Sabah, Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah), Sabah Cheshire Home dan Services, Persatuan Ibu Tunggal Sabah (PITSA), dan Majlis Persatuan Warga Emas Sabah.”
“Bagi pihak penganjur kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma sehingga kami berjaya menjual 85 meja. Kami juga mohon maaf kepada penderma yang terpaksa kami tolak disebabkan ruang dewan yang terhad,” kata Alix.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ