PAPAR, — Suasana penuh mesra dan meriah menyelubungi Majlis Makan Malam Santai Bersama Atlet SAGA dan Ibu Bapa yang diadakan di Beringgis beach resort, apabila majlis tersebut turut menerima kunjungan istimewa daripada YB Senator Datuk Nelson W. Angang
Majlis yang dianjurkan bagi meraikan kejayaan para atlet SAGA daerah Papar itu turut menjadi wadah menghargai sokongan padu ibu bapa serta jurulatih yang sentiasa berdiri di belakang kejayaan anak-anak muda tersebut.
Dalam ucapan beliau, YB Senator Datuk Nelson W. Angang menzahirkan rasa bangga dan penghargaan atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh atlet-atlet SAGA Papar sehingga berjaya menyumbang tujuh (7) pingat emas kepada daerah Papar dalam temasya SAGA baru-baru ini.

“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan Papar, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus aktif dalam bidang sukan dan membawa nama daerah ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Sebagai tanda penghargaan, Datuk Nelson turut menyampaikan saguhati khas kepada atlet-atlet cemerlang tersebut sebagai dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Majlis turut diserikan dengan jamuan santai, sesi ramah mesra antara pemimpin, atlet dan ibu bapa, serta penyampaian penghargaan kepada jurulatih yang membimbing pasukan sepanjang kejohanan.
Majlis berakhir dengan suasana penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan, menandakan komitmen berterusan dalam melahirkan lebih ramai atlet berbakat dari daerah Papar.

More Stories
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional