[ad_1]
Beliau berkata, di samping mahu melihat sektor swasta memainkan peranan lebih besar dalam menyumbang kepada ekonomi, kerajaan juga perlu terus mengalu-alukan pelaburan asing dari semua negara.
“Tumpuan bukan mengenai pelaburan itu datang dari negara mana, sebaliknya saranan nilai teroka yang perlu membawa manfaat seimbang kepada kedua-dua negara itu lebih diberi perhatian,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2019 di sini, hari ini.
Secara asasnya, beliau berkata, usaha niaga itu seharusnya kukuh dari segi komersial dan ekonomi selain memberi kelebihan strategik kepada negara.
“Kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeza – seperti dengan Singapura dan China – namun kita menerima mereka sebagai rakan ekonomi yang rapat. Mereka merupakan dua rakan dagang dan pelaburan paling utama Malaysia. Berasaskan sikap saling menghormati, kita akan sentiasa mencari jalan untuk meraih manfaat daripada kepentingan bersama,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar