Lelaki warga Indonesia (kiri) yang ditahan Maritim Malaysia kerana mengemukakan pasport tamat tempoh
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Maritim Malaysia telah menahan seorang lelaki yang menaiki bot penumpang tempatan kerana disyaki telah melanggar Akta Imigresen 1959/63 di sekitar perairan Tanjung Saima, Pulau Sebatik dekat sini semalam.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, bot ronda Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot penumpang yang sedang menuju masuk ke jeti bot penumpang dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik pada pukul 4.08 petang.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan lelaki warga Indonesia berumur 42 tahun mempunyai pasport yang sah. Bagaimanapun, pihak Maritim Malaysia mendapati seorang penumpang lelaki warga Indonesia berumur 29 tahun yang berada dalam bot itu telah mengemukakan pasport yang telah tamat tempoh, kata Mohd Yusri.
Kesemua yang ditahan termasuk bot penumpang dan satu unit enjin sangkut Yamaha 40 kuasa kuda dirampas seterusnya diiring masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM23,000,kata Mohd Yusri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK