Pam bot dengan muatan barang kawalan yang ditinggalkan juragan di perairan Pulau Bum Bum, Semporna
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan minyak petrol di perairan di sini pada Oktober 7.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rutin telah menahan bot pam berkenaan berhampiran perairan Pulau Bum-Bum, sekitar jam 3.00 petang hari Isnin.
“Anggota-anggota penguatkuasa cuba menahan bot pam itu selepas mendapati ianya bergerak dalam keadaan mencurigakan namun begitu, juragan bot pam bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut apabila ternampak bot Maritim Malaysia,” kata Norrimi.
Hasil pemeriksaan ke atas bot pam mendapati terdapat muatan sebuah beg plastik,, 1 tong gas, 2 buah enjin bot pam dan 9 tong minyak petrol dalam bot pam” tambah beliau.
“Penahanan ini merupakan kes ke tiga direkodkan Zon Maritim Semporna bagi tahun 2019 setakat ini. Kes tangkapan sebelum ini membabitkan aktiviti penyeludupan bahan bakar adalah pada bulan Mei lalu, ” katanya lagi.
Bot pam bersama hasil rampasan termasuk bot, enjin pam, tong gas dan 9 tong minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM 5,000 telah ditunda masuk ke Jeti Kem Azumi Semporna untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, katanya.
Menurut beliau lagi, Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Semporna.
Orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS999.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK