Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Kerajaan seharusnya melaksanakan projek yang sudah diumumkan dengan segera bagi mengelakkan wakil rakyat dipersalahkan oleh rakyat atas kelewatan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah (gambar) berkata, kelewatan perlaksanaan projek yang sudah diumumkan itu menyebabkan rakyat menyalahkan wakil rakyat tetapi bukan kerajaan.
“kelewatan pelaksanaan projek itu menyebabkan kita sebagai wakil rakyat dipersalahkan, kita kena marah.
“Saya ingin mengesa kerajaan untuk mengambil langkah proaktif agar projek yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan segera,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah disini pada Isnin.
Masiung berkata, terdapat banyak projek dari kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di Sabah tidak diketahui oleh kerajaan dan juga pemimpin negeri ini.
Katanya, sepatutnya wujud satu kordinasi diantara Sabah dan Kerajaan Persekutuan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.
“Kita tidak minta lebih, cuma bagi tahu untuk melaksanakan projek itu di sini, projek ini untuk kebaikan semua rakyat.
“Kita hanya ingin pastikan projek ini berjalan lancar mengikut jadual agar kerajaan negeri dan persekutuan tidak berhadapan dengan masalah pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ