KENINGAU: Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menghulurkan sumbangan barangan makanan dan bantuan wang tunai kepada keluarga mangsa kebakaran, Ang Kuan Yeh di Kampung Bingkor Baru yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian pada subuh Rabu lalu.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles kepada Ang Kuan Yeh.
Yazid diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang terdiri daripada Timbalan Pengerusi Kamaruddin Said, Imam Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Imam Juslin Ibrahim, Ketua Biro Kebajikan Dani Johari dan beberapa orang ahli jawatankuasa masjid.
Turut serta Datin Doris Jopirit, isteri Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Yazid berharap semoga sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga Ang Kuan Yeh yang kehilangan harta benda dalam kejadian itu.
Beliau berharap Ang dan keluarganya tabah menghadapi musibah yang tidak diduga itu.
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi