SANDAKAN: Kejadian pokok tumbang di Jalan Jambatan Merah Astana Height Sandakan pagi tadi telah menghempap kabel elektrik dan menghalang jalan raya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.42 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota pasukan Bomba dari BBP Sandakan telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 3 kilometer.“
Lapor berlaku pokok tumbang mengempap kabel elektrik Sabah Electricity (SE) dan menghalang jalan raya.
“Pasukan Bomba bertindak memotong pokok menggunakan peralatan khas dan seterusnya mengalihkan ke tempat yang selamat.
“Tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.22 tengah hari. -SABAH NEWS
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi