[ad_1]
Maszlee dalam kenyataan medianya berkata makluman sama ada cuti itu perlu diganti atau tidak akan diputuskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan agar cuti akibat bencana sisa kimia di Pasir Gudang perlu diganti.
“Dalam sidang akhbar berkenaan, transkrip jawapan saya adalah seperti berikut: “Kita akan maklumkan kemudian melalui JPN, mereka akan membuat pemakluman kepada PPD Pasir Gudang dan sekolah-sekolah”,” katanya.
Maszlee berkata sehubungan itu, pihaknya meminta akhbar tersebut membetulkan laporan berkenaan supaya tidak mengelirukan orang ramai.
Semalam, akhbar tersebut mengeluarkan artikel bertajuk ‘Cuti Sekolah Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Perlu Diganti’ yang turut mendapat pelbagai reaksi warganet.
Pada 13 Mac lepas, Maszlee mengarahkan 111 sekolah yang terkesan dengan pencemaran gas berbahaya di Sungai Kim Kim diberikan cuti serta-merta sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.
Jumaat lalu, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Azman Adnan dilaporkan berkata kesemua sekolah tersebut akan dibuka semula pada 31 Mac ini selepas kerja-kerja pembersihan sekolah diselesaikan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar