TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di dalam parit di Jalan Kampung Titingan, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada jam 12 tengah hari.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Setakat ini, maklumat diri mayat lelaki itu belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat.
“Kes diklasifikasiksn sebagai laporan mati mengejut (SDR).
“Setakat ini belum ada waris yang tampil untuk membuat pengecaman dan polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan ahli keluarga,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ