MAYAT LELAKI DIBAHAM BUAYA DITEMUI

KINABATANGAN: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya memukat di kawasan sungai Danau Tanjung Bulat Jungle Camp, di sini, ditemui hari ini.

Mangsa, Zulkifli Azmi, 23, ditemui penduduk kira-kira jam 9 pagi tadi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaludin, berkata operasi ditamatkan pada jam 10.11 pagi tadi susulan penemuan mangsa.

“Bomba mengambil mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada Jumaat, mangsa yang juga pekerja Danau Tanjung Bulat Jungle Camp dilaporkan keluar menangkap ikan sebelum dipercayai dibaham buaya kira-kira jam 11 pagi./BERITA SABAH