Oleh Wartawan BS
SANDAKAN: Mayat dipercayai nelayan yang hilang sejak Khamis lalu selepas keluar memancing ditemui terapung di perairan Sungai Anib, Kampung Forest, awal pagi hari ini.
Mayat, Joekinal Angkalamai, 36, ditemui oleh penduduk pada jam 6.39 pagi yang kemudian menghubungi pasukan keselamatan.
Sebelum ini, Joeakinal dilaporkan hilang dikhuatiri hilang ketika keluar memancing menggunakan sampan di perairan Telukan, dekat sini, dengan kehilangan mangsa cuma disedari isterinya apabila tidak pulang ke rumah selepas jam 5 petang.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki, berkata mayat dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sandakan, sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent.
“Mayat disahkan nelayan yang hilang sejak tiga hari lalu selepas pengecaman dilakukan isteri serta bapa mertuanya.
“Susulan penemuan itu, operasi ditamatkan pada jam 8 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini membabitkan Maritim Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang merangkumi kawasan pencarian seluas 29 batu nautika persegi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK