Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Mayat seorang pekerja ladang warga Indonesia dipercayai dirogol dan bunuh telah ditemui di kawasan semak sebuah ladang sawit di Luasong, Kalabakan pada hari Jumaat.
Pihak pengawal keselamatan ladang sawit telah memaklumkan kepada polis berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 2.00 petang Nov 8 (Jumaat).
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan. Mayat berkenaan kemudian telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Seorang saspek berumur 40 tahun ditangkap di Jalan Tanjung Batu oleh pihak polis pada jam 10.48 malam tersebut.
Difahamkan kejadian berlaku di jalan menuju ke rumah kongsi ladang sawit dimana mangsa bekerja pada jam 5.00 petang Nov 3.
Saspek yang menunggang motosikal telah terserempak dengan mangsa yang meminta bantuan dari saspek kerana motosikalnya telah rosak.
Apabila saspek tidak dapat membaiki motosikal mangsa dia telah menawar untuk hantar mangsa balik ke rumah kongsinya.
Kira-kira 1 KM dari rumah kongsi tersebut saspek dikatakan telah menghentikan motosikalnya sebelum menarik mangsa ke kawasan semak dan merogolnya.
Saspek kemudian telah mencekik mangsa selepas mangsa menjerit meminta tolong. Saspek kemudian meninggalkan mayat mangsa di tempat kejadian sehingga hari Jumaat.
Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas mengesahkan kejadian ketika dihubungi hari ini.
Menurut Peter, seorang saspek telah ditahan untuk siasatan berhubung kes tersebut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK