Meriahkan Sambutan Hari Pahlawan Rabu Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Pahlawan 2024, Rabu ini.

Bermula jam 7.30 pagi, sambutan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Antara yang menarik perhatian ialah persembahan khas oleh Polis Kontinjen Sabah yang mengimbau perjuangan serta pengorbanan pasukan keselamatan negara dalam insiden berdarah pencerobohan Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013.

Bakal menghiburkan, persembahan pancaragam yang menggabungkan empat pasukan iaitu Polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia Sabah (RELA).

Tinjuan oleh kru JaPen Sabah sekitar raptai penuh hari ini mendapati, acara tetap berjalan lancar meskipun cuaca agak panas.

Antara yang hadir ialah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Shafaruddin Halide dan Juruiring Kepada TYT Sabah, Kolonel Herman Bambang. — JABATAN PENERANGAN SABAH