NABAWAN: Sebuah gereja, dewan dan kuarters musnah dalam kebakaran di Kampung Enam, di sini, pagi tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.50 pagi.
Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rudy Mekii digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan satu blok bangunan menempatkan gereja, dewan dan kuarters penginapan jenis separuh kekal terbakar 80 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan dari sumber air jentera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 10.50 pagi dan tiada mangsa yang terbabit dilaporkan.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 12.28 tengah hari.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad