MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-34 WANITA PBS Pada 15 Nov Depan

Maliana (duduk tengah), Vicky (duduk 6 dari kanan) dan Herin (duduk 6 dari kiri) bergambar bersama jawatankuasa penganjur mesyuarat agung perwakilan Wanita PBS Kali-Ke-34.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Perwakilan Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) di seluruh Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya Kali ke-34  pada Jumaat, 15 November jam 2 petang bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Likas dekat sini.

Mesyuarat agung itu akan dirasmikan serentak dengan perwakilan Pergerakan Pemuda PBS Belia dari semua bahagian di seluruh negeri Sabah oleh Presiden parti, Datuk Dr Maximus J. Ongkili pada jam 9 pagi di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

Kongres PBS tahun ini akan menyaksikan pelancaran Belia dan Beliawanis parti di mana 100 perwakilan belia berumur 18 hingga 26 tahun mengambil bahagian dalam upacara perasmian mesyuarat agung pergerakan wanita dan pemuda PBS.

Semua perwakilan akan dijemput ke majlis Malam Bersatu, malam persahabatan pada hari yang sama jam 7 malam di Dewan Hakka Tanjung Lipat, Likas .

Sementara itu Ketua Publisiti Jawatankuasa Penganjur persidangan, Datin Vicky Yee memaklumkan bahawa pendaftaran dan pengambilan pakej perwakilan adalah di ibu pejabat PBS di Dongonggon Penampang.

Pengerusi penganjur tahun ini ialah Datin Herin manakala pegerusi persidangan ialah Puan Mariana Majinau dibantu oleh Puan Christina A Kodou.