Madius (kedua dari kiri) menerima borang keahlian baharu daripada Laurentius
Oleh Janecarr Yado
TAMBUNAN: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Bahagian Keningau bertambah mantap dengan pelancaran Pejabat Perhubungannya hari ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata kewujudan pejabat tersebut merupakan satu lagi platform perhubungan bagi parti itu bergerak lebih proaktif di Tambunan.
“Hari ini kita bukan sahaja melancarkan pejabat ini secara rasmi malah saya juga telah dimaklumkan terdapat juga 100 borang keahlian Upko baharu akan diserahkan,”katanya.

Madius berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan pejabat perhubungan Upko Constituency Liaison Committees
(CLC) Tambunan hari ini di sini.
Madius menggesa para pemimpin Upko di bahagian Keningau supaya berusaha lebih keras dan ikhlas dalam melayani rakyat agar jumlah keahlian parti di kawasan itu terus meningkat selaras dengan jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan itu.

Awalnya, Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu, Ketua Bahagian Upko Keningau dalam ucapan alu-aluannya berkata Upko Bahagian Keningau sudah bersedia untuk berkerja keras melayani rakyat khususnya di Tambunan.
“Andaikan sahaja hari ini adalah permulaannya, sebab kalau mengikut semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) CLC Tambunan sejak mula saja tubuhkan pejabat ini kami sudah in the mood for election,” ujar Laurentius.
Majlis perasmian itu dihadiri lebih kurang 250 orang dalam kalangan ahli Upko baharu dan juga lama.
Turut hadir Sobitun Makajil, Penolong Pegawai Daerah Tambunan, Juliana Jani, Ketua Pergerakan Exco Wanita Pusat; Kennedy John Angian, Timbalan Ketua Bahagian Upko Keningau; Larry Charles, Pengerusi Upko CLC Tambunan; Mc Rayen , Ketua Komulakan Upko Bahagian Keningau merangkap Setiausaha Kerja Upko Bahagian Keningau.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius