[ad_1]
Seminar sehari bertema “Era Baharu Pembuatan Perabot dan Industri Berasaskan Kayu ” akan memberi tumpuan pada automasi dan pembuatan pintar untuk menggalakkan pengusaha industri memanfaatkan industri 4.0.
“Seminar ini selaras dengan langkah kerajaan negeri untuk melindungi industri tempatan dan mendorong lebih banyak aktiviti hiliran yang akhirnya akan meningkatkan kemajuan ekonomi dan taraf hidup masyarakat, ” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk menjadikan Sandakan sebagai pusat perabot atas faktor kedekatannya dengan beberapa unit pengurusan hutan di Sabah, yang sesuai bagi aktiviti hiliran kayu balak tambah nilai.
MIDA berkata peserta akan diberikan maklumat terkini tentang dasar dan strategi kerajaan, industri dan taman perindustrian yang dipromosikan di Sabah, dan maklumat tentang pembangunan mekanisme organisasi oleh pihak berkuasa dalam menggalakkan dan menyelaraskan pembangunan pelaburan dalam industri perabot.
Seminar itu akan diadakan di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN