SEMPORNA: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara 6 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Tawau atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak petrol tanpa lesen.
Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah dalam prosiding hari ini.
Tertuduh Razif Maek, 39 didakwa bersama Herman Hassan, 36 dan Kalding
Jabi yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atas kesalahan berurusan dengan barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 225 liter di dalam 9 unit jerikin secara runcit atau borong tanpa lesen yang mana adalah kesalahan mengikut Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu denda RM10,000 dan hukuman penjara 6 bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara 6 bulan jika gagal membayar denda ke atas Razif dan hukuman denda RM6,000 atau 4 bulan penjara jika gagal membayar denda ke atas Herman.
Mahkamah memerintahkan Kalding dikenakan hukuman penjara 4 bulan dan dirujuk ke Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Cawangan Semporna, Dr.Jong Jee Leong
Tangkapan kes ini dilakukan di kawasan tepi bakau di Kampung Sinallang Lama, Semporna oleh pasukan polis dari Ibu
Pejabat Polis Daerah Semporna kira-kira 7.30 malam pada 3 September lalu.
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis