Dimaklumkan, pesawat khas yang dinaiki Musa bersama rombongan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Para penyokong bersorak sebaik sahaja melihat Musa yang berpakaian sut warna hitam dan bersongkok berjalan keluar dari pintu balai ketibaan terminal dekat sini.

Terdahulu, seawal pukul 11 pagi tadi lebih 1,000 penyokong mula berkumpul bagi menyambut kepulangan Musa hari ini.

Selepas lebih tiga bulan meninggalkan negara kerana menjalani rawatan kesihatan di London, United Kingdom dan Singapura serta rawatan susulan di Subang Jaya Medical Centre, Selangor bermula pada 21 Ogos lalu, kini Musa pulang ke Sabah.

Dimaklumkan, sejurus tiba di sini bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berusia 67 tahu  itu akan dihantar ke Jesselton Medical Centre sebelum menyempurnakan proses angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga pada bila-bila masa.- K! ONLINE