150 Peserta Jayakan Program Derma Darah

dav

Pengarah JHEWA, Masnah Matsalleh (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama urusetia Program Derma Darah sempena Hari Wanita 2018.

KOTA KINABALU: (4 September) Seramai 150 peserta terlibat menjayakan Program Derma Darah Bersama Komuniti Sihat anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) di Ballroom Wisma Wanita, pagi tadi.

Program yang mendapat kerjasama daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKK), Likas adalah merupakan antara satu pengisian sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2018.

Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan dan kebaikan menderma darah disamping membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital-hospital kerajaan.

Selain itu, turut diadakan senamrobik dan pemeriksaan kesihatan untuk para peserta. – Penerangan