Nah, kena tahan SPRM pasal cuba sogok pegawai kerajaan, kejadian di Sabah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki selepas disyaki cuba memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada pegawai kerajaan negeri.

Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai dorongan untuk meringankan pertuduhan terhadap individu lain yang melakukan kesalahan menyimpan haiwan dilindungi.  

Menurut sumber, lelaki yang bekerja sendiri berusia lingkungan 50an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang, di Pejabat SPRM Sabah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) ASPRM 2009 dan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin tempatan. – Asia Times