Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beaufort menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada tiga sekolah menengah di Kuala Penyu baru-baru ini.
Tiga buah sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Kuala Penyu, SMK Kuala Penyu dan SMK Pekan Menumbok.
“Dalam memenuhi SOP dan norma baru, pemakaian pelitup muka atau face mask merupakan suatu perkara yang wajib pada waktu ini.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan kos pembelian pelitup muka kepada para pelajar tingkatan enam khususnya,” kata Nelson.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UPKO Malaysia berharap para pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persediaan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam pada itu, Nelson turut menyumbangkan pelitup muka kepada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Kuala Penyu.
“Terima kasih saya ucapkan kepada petugas barisan hadapan kita yang telah berkerja keras semasa pandemik ini,” katanya.


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ