Oleh : Lea
Satu klip video yang dimuatnaik di akaun Twitter Pejabat Perdana Menteri pada 31 Januari lepas menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga Twitter, Khamis lalu.
Rakaman tersebut disertakan dengan kenyataan ringkas mengumumkan Keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang menetapkan harga siling bagi satu kilogram ayam dikurangkan sebanyak 20 sen iaitu daripada RM9.10 kepada RM8.90.
Bagaimanapun, pandangan para netizen tertumpu pada air botol minuman ‘Evian’ dalam video tersebut yang dihidangkan atas meja kepada setiap orang yang hadir dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu.
Pengguna Twitter @azrulmohdkhalid dalam satu ciapannya menjelaskan bahawa sebotol air Evian 500ML dijual dengan harga RM8.70 di aplikasi Lazada.
Jika dibandingkan, harga tersebut hampir sama dengan harga sekilo ayam standard.
Perkara tersebut mencetuskan kemarahan netizen berkenaan keputusan yang dianggap tidak masuk akal berikutan mesyuarat yang memperlihatkan pembaziran wang yang begitu banyak termasuklah kos penghasilan video itu sendiri.
“Membuang banyak masa dan wang hanya untuk menurunkan harga sebanyak 20 sen. Mengapa anda semua tidak menurunkan taraf air mineral anda dulu ?
“Rakyat berjimat dalam perbelanjaan untuk teruskan hidup tetapi mereka (kerajaan) boleh minum air premium. Bagaimana mereka hendak menghadap Tuhan?” ulas netizen dibawah ruangan komen tersebut.
Isu ini telah menjadikan perkataan ‘Evian’ sebagai trend di media sosial Twitter pada Khamis lepas dan telah menarik perhatian ramai orang dalam negara.
More Stories
Tindakan Pantas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran Pulihkan Jalan Bayaon Kiulu
Madius Meriahkan Hari Komuniti Sempena Hari Malaysia Taman Sri Rugading 2024
Pusat Khidmat Parlimen Tuaran, JAS serta pelbagai institusi dan agensi jayakan Sambutan Hari Pembersihan Sedunia