Nizam hadiri mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Kuala Lumpur, kelmarin.

Nizam hadir sebagai Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Nizam hadiri mesyuarat Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kerajaan Perpaduan.

Pada mesyuarat itu, Fahmi menyatakan fokus utama Kerajaan Madani ialah meningkatkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat.