Menu resepi durian yang ditawarkan
Oleh: Nio James.
KOTA KINABALU: Penggemar raja buah-buahan boleh menikmatinya musim ini, dimana Hotel Promenade Kota Kinabalu sekali lagi melongarkan sedikit dasar peraturan `larangan durian’ dengan membenarkan “durian” di hotel itu hanya untuk bulan September dan Oktober di Promenade Café, Dynasty Restaurant dan Deli Corner.
Menurut Pengurus Besar hotel itu, Encik Hafizan Wong, “Kami mahu para pelanggan hotel kami (terutamanya penggemar durian) menikmati 2-bulan kemewahan dalam keselesaan persekitaran hotel.
Pasukan Chef kami secara kreatif menggunakan petunjuk yang betul dari raja buah-buahan daripada hidangan yang lazat kepada makanan pencuci mulut untuk memperkayakan rasa keseluruhan setiap makanan yang lazat.

Selain makanan istimewa durian, hotel itu juga mendirikan gerai durian di tepi kawasan letak kereta utama di hadapan hotel berkenaan menjual durian tempatan untuk kemudahan para tetamu hotel berkenaan.
Untuk butiran promosi Makanan & Minuman yang sedang berjalan dan akan datang, sila hubungi Promenade Café / Dynasty Restaurant / Lobby Lounge / Deli Corner di Tel: ( 60) (88) 252 396/265 555 Ext: 5107].

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ