Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Pembukaan operasi bas terminal di KK Sentral akan menceriakan Bandaraya Kota Kinabalu serta memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan bas di Bandaraya Kota Kinabalu.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Arifin Asgali (gambar) berkata, operasi bas terminal di KK Sentral akan dimulakan untuk Laluan perkhidmatan bas antara Bandaraya Kota Kinabalu ke destinasi luar iaitu Beaufort, Menumbok, Sipitang, Lawas, Limbang dan Negara Brunei.
“Ini adalah satu lagi usaha untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam,” katanya ketika menyempurnakan majlis pelancaran operasi KK Sentral, di sini pada Isnin.

Ariffin memalu gong tanda pelancaran operasi KK Sentral
Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Inanam Kenny Chua, Adun Likas Tan Lee Fatt, Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman.
KK Sentral terdiri daripada dua blok bangunan komersial iaitu KK Blok A dan KK Blok B yang mempunyai kelengkapan penuh.
KK Blok A menyediakan kaunter informasi KK Sentral terletak di aras 1, pejabat pengurusan KK Sentral di aras 2 dan kaunter jualan tiket bas, jadual perjalanan bas serta kemudahan surau untuk lelaki dan wanita di aras 3.
Manakala KK Blok B, di aras 1, bahagian A empat platform bas (maksimum 16 buah bas). Platform bas ini digunakan oleh dua syarikat perkhidmatan bas iaitu Menumbok Express dan Sipitang Express. laluan merangkumi pejalanan KK Sentral ke Beaufort, Menumbok, Sipitang, Lawas, Limbang dan Negara Brunei yang bergerak seawal 6.30 pagi hingga 5.00 petang. Bahagian B terdapat empat medan selera.
Aras 2 terdapat 114 lot penjaja kraftangan yang dijangka beroperasi pada 1 September 2019. Artas 3 dan 4 terdapat 499 lot tempat letak kereta, dan aras 9 adalah ruang pejabat dan galeri jualan untuk disewa.

Ariffin (3 dari kiri) majlis pelepasan perkhidmatan bas di KK Sentral
Kemudahan lain yang disediakan ialah tandas, lif dan escalator, tempat menyimpan bagasi, kawalan keselamatan pengguna mengikut shif, pengawasan cctv di setiap tingkat, perkhidmatan pembersihan bangunan dan sekitar.
Arifin berkata, kemudahan yang disediakan mengambil kira keperluan orang kelainan upaya (oku) sebagaimana KK Sentral sebagai pusat operasi yang mesra dan efisien.
KK Sentral akan beroperasi pada setiap hari mulai jam 6.00 pagi hingga Jam 10.00 Malam.
Beliau menyeru agar warga kota khususnya operator dan pengguna KK Sentral sentiasa mematahui peraturan masa operasi yang ditetapkan dan menjaga kebersihan sepanjang berurusan di bangunan itu agar tidak menjejaskan imej bandaraya.
Arifin berkata, beliau amat berbangga dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh DBKK untuk mengindahkan Bandaraya Kota Kinabalu, dan bekerjasama dengan Nippon Paint iaitu syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk tujuan itu.
Katanya, melalui projek usahasama ini, pemilik bangunan di pusat Bandaraya dimohon untuk mengecat semua bangunan Mereka.
Katanya, melalui kerjasama ini, syarikat Nippon Paint menawarkan diskaun 30 peratus bagi beberapa warna cat pilihan iaitu brilliant white, banana spin, ivory vapour dan windmill white yang merupakan warna-warna trending untuk mengindahkan bangunan. Manakala pilihan warna-warna lain, 10 peratus ditawarkan.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pemilik bangunan agar memgambil peluang keemasan ini dalam tempoh ‘musim mengecat’ yang akan bermula pada Bulan Kemerdekaan sehingga 31 Disember 2019.
Pada masa yang sama katanya, DBKK telah mengeluarkan notis kepada pemilk bangunan di pusat bandar untuk membuka ataupun mengalihkan struktur tambahan tanpa kelulusan di bangunan-bangunan kedai bagi meningkatkan keindahan dan keamanan orang awam di kawasan pusat bandar.
Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan Tugu Malaysia dan Air Pancutan yang terletak di kawasan Lintasan Deasoka Juga sedang giat dijalankan dalam usaha untuk mengindahkan kawasan persekitaran bandaraya.
Selain itu katanya, DBKK juga sedang dalam perancangan untuk mengecat kesemua jalan penghadang yang telah pudar di sepanjang Jalan Tun Razak serta Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Adalah diharapkan usaha-usaha ini akan dapat mencapai hala tuju DBKK untuk bergerak pantas ke hadapan: inovatif, efisien dan efektif dalam menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang maju dan makmur,” katanya.
Arifin sebelum itu telah menyempurnakan majlis pelepasan perkhidmatan bas di KK Sentral.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ