KOTA KINABALU: Presiden Kelab Komuniti Sayang Sabah, Andrew Impongan atau lebih dikenali sebagai DJ Othoe menyokong kenyataan Presiden Pertubuhan Orang Sani Tempatan Sabah (POST’S), Janrywine J Lusin yang menolak politik kotor di kalangan ahli politik.
Katanya, ahli politik yang kini sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) seharusnya lebih bersikap matang dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu semasa rakyat dan bukan saling menjatuhkan peribadi pihak lawan.
“Saya menyokong kenyataan rakan saya Janrywine yang mengatakan tidak kepada politik ‘jijik’.
“Mereka sepatutnya mengutamakan agenda perjuangan manifesto parti politik masing-masing agar menjadi contoh terbaik buat para penyokong khususnya golongan muda yang inginkan satu persaingan politik yang sihat dan membanggakan.
“Rakyat sekarang jauh lebih kritikal dan bijak dalam membuat perbandingan ciri-ciri dan kualiti seorang pemimpin yang mampu mewakili suara dan hasrat mereka di dalam pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau yang merupakan pengasas kepada stesen radio pelbagai bahasa, Atukoi FM juga menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pendekatan dan permainan politik kotor yang berunsur negatif.
“Ia bukan sahaja mencerminkan kematangan berpolitik secara berhemah pemimpin itu sendiri tetapi juga harus menjadi acuan dan panduan yang boleh dicontohi oleh generasi muda dalam arena pembangunan dan pentadbiran negara di masa hadapan,” katanya lagi.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam