PAIP-PAIP AIR USANG DI SANDAKAN PERLU DIGANTI

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong

SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata, paip-paip air dari stesen penapis air yang menyalurkan bekalan air ke Sandakan telah usang dan memerlukan perhatian Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk membiayai pusingan baru bagi penggantian dan penempatan semula paip air.

Beliau berkata, setiap hari, kira-kira 52 juta liter air paip disalurkan dari stesen penapisan air Kinabatangan ke Sandakan setiap hari. 

Walaubagaimanapun, saluran paip yang sedia ada dan telah dibina serta digunakan sejak tahun 1988 dan kini telah berusia 31 tahun itu juga paipnya kini sangat usang.

“Pihak berkenaan harus mempertimbangkan cadangan memperuntukkan dana membiayai pusingan baru penggantian dan penempatan semula paip air di Sandakan juga di Sabah dengan serius sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah sekali dan untuk semua,” Katanya.

Tambahnya, kekerapan memperbaiki paip air dan rondaan memeriksa keadaan paip saluran juga bukan solusi tetapi akhirnya juga akan mengakibatkan lebih banyak pembaziran.

Selain itu, terdapat banyak saluran paip air dibina di dalam ladang kelapa sawit dan kawasan terpencil lain yang tanpa persimpangan jalan. 

Beliau turut mendedahkan bahawa di antara paip air Sandakan yang sepanjang 1,200 kilometer, paip air yang telah digunakan lebih daripada 20 tahun juga menyumbang 227 kilometer, iaitu 19%.

Ini menyebabkan masalah seperti paip pecah tidak dapat diatasi dengan tepat.

Ini juga menuju ke indeks purata Air Tanpa Hasil (NRW) di Sabah mencapai 52%, iaitu lebih tinggi daripada indeks 35% negara.

Vivian berkata demikian ketika mengemukankan cadangan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli semas menghadiri perbahasan Akta Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat.

Di samping itu, Vivian jug menekankan bahawa Sandakan sering mengalami masalah gangguan bekalan air dalam tempoh dua bulan yang lalu.

Katanya, rekod oleh pihak berkenaan bagi gangguan ini adalah purata tiga hingga empat hari.

Ini juga telah mendatangkan masalah yang serius kepada penduduk Sandakan khasnya mengganggu rutin harian mereka.