Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman (MoU) termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan, menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Dalam catatan di Twitter, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berkata PH akan tetap menjadi pembangkang walaupun MoU itu ditandatangani dengan kerajaan.
“Fokus MOU: bantuan kpd rakyat, tambahbaik usaha tangani Covid-19, reformasi Parlimen, MA63, kebebasan kehakiman.
“Dokumen lengkap menyusul,” tambahnya.
Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan PH yang ditandatangani hari ini merangkumi enam bidang utama.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.
Ia juga akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad