PASAR BESAR KK TUTUP TIGA HARI UNTUK DISANITASI

KOTA KINABALU : Pasar Besar Kota Kinabalu ditutup selama tiga hari bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi sepenuhnya dibuat bermula hari ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, langkah itu diambil bagi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Proses sanitasi pembersihan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini, dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu hari ini. Tindakan ini amat penting kerana tempat ini sentiasa menjadi tumpuan ramai pihak,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Nordin berkata, sekiranya kerja-kerja sanitasi selesai dalam tempoh tiga hari, pasar ini akan dibenarkan beroperasi semula.

“Kerja-kerja sanitasi awam ini sudah dilakukan sebelum ini dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan cadangan dari KKM.

“Ia bagi pembasmian kuman dan memutuskan rantaian penularan COVID-19 serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan peniaga dan orang awam,” katanya. – –http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *