Empat warga Filipina yang ditahan oleh PPM Sandakan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah pada hari Khamis
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Empat warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan yang sah telah berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan di kawasan laut Pulau Nunuyan petang tadi.
Menurut Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali, botronda PPM yang sedang menjalankan tugas operasi ‘Op Pensura’ telah menahan dua bot pam pada jam 4.30 petang.
Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot berkenaan mendapati seorang wanita dan tiga orang lelaki berumur 16 hingga 41 tahun, warganegara asing gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, kata Mohamad Pajeri.
Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM5,600, tambahnya lagi.
PPM Sabah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan akan terus meningkatkan operasi di laut Sabah bagi mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang terutamanya sepanjang perayaan Aidil Fitri dalam usaha memerangi aktiviti-aktiviti jenayah termasuk juga jenayah alam sekitar, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK