Perahu yang ditahan pasukan polis marin di perairan Pulau Kulapuan, Semporna pada hari Rabu
Oleh Ahmad Tamrin
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki Palauh kerana cuba menyeludup barang kawalan bersubsidi dalam “Op Gelora” di kawasan perairan Pulau Kulapuan di sini pada hari Rabu.
Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali berkata ‘satu buah perahu menggunakan enjin pam telah dikesan oleh bot ronda PPM pada jam lebih kurang 6.50 pagi.
Lelaki yang berumur lingkungan 45 tahun tersebut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan berbangsa Palauh,kata Mohamad Pajeri.
Saspek dipercayai hendak menyeludup barang kawalan iaitu minyak petrol ke Filipina, tambahnya.
Menurut Mohamad Pajeri, hasil pemeriksaan di dalam ruangan perahu telah menemukan tujuh jeriken 30 liter dan satu jeriken 25 liter berisi minyak petrol.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya, kata beliau lagi.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK