LABUAN: Empat lelaki warga Filipina yang baru mendarat daripada memancing ditahan di Pantai Kiansam, di sini, awal pagi tadi, kerana dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI).
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, semua suspek berusia 20 hingga 40-an baru sahaja selesai memancing dan sedang mendaratkan bot pam milik salah seorang suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan mendapati semua suspek terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Katanya, semua suspek didapati tinggal di kawasan Kiansam sejak 10 hingga 20 tahun lalu.
“Semua mereka ini hidup secara bersembunyi bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
“Semua tangkapan ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1953/69,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Muhamad Farid berkata, pemantauan di sepanjang pesisir pantai Labuan diteruskan bagi mengekang pendaratan PATI yang ingin memasuki wilayah ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya, orang ramai juga diminta membantu pihak berkuasa mengekang kemasukan PATI dengan menyalurkan maklumat sekirannya ternampak sebarang pendaratan PATI di sepanjang persisir pantai Labuan.-http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK