PCS KIULU AKAN MELETAKKAN CALUN DI N.11 KIULU PADA PRU14

Oleh Wartawan Berita Sabah

KIULU: Parti Cinta Sabah Bahagian N.11 Kiulu telah mencapai satu resolusi MUTLAK untuk meletakkan calunnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan di adakan tidak lama lagi.

Keputusan sebulat suara ini dicapai setelah mengadakan perbincanganbersama Presiden PCS YB Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing (gambar).

Menurut Setiausaha bahagian PCS N.11 Kiulu, Encik Paris Soikung dalam satu kenyataan kepada semua ahli PCS N.11 Kiulumelalui media social bahawa resolusi itu telah tercapai apabila keputusan sebulat suara daripada AJK PCS Bahagian Kiulumembuat persetujuan bahawa PCS akan tetap bertanding pada PRU14 nanti.

Seterusnya, Paris berkata, “Walaupun menghadapi cabaran daripada rakan pembangkang yang sehaluan denganperjuangannya, namun, majoriti pengundi bagi N.11 Kiulu adalah didominasikan oleh 98% suku kaum Dusun dan adalahsesuai dan memadai jika PCS, sebagai parti yang mewakili suku kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus serta suku-sukuKDM yang lain, meletakkan calun di N.11 Kiulu.”

Paris juga memaklumkan bahawa persediaan PCS untuk menghadapi PRU14 sudah mantap dan latihan untuk semua ahli jawatankuasa gerakan kempen Pilihanrayasudah tiba difasa terakhir.

Mesyuarat khas yang diadakan hari ini (Ahad, 4hb Februari 2018) di Pejabat PCS N.11, berhampiran pekan Kiulu telah dihadiri oleh 20 AJK Bahagian, 13 daripada 17 Pengerusi Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) dan 16 Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Peringkat Kampung (JPPK). Selain Presiden PCS, pemimpin PCS pusatyang turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ybhg. Datuk Kalakau Untol, Naib Presiden PCS;  Encik John Hussein, Bendaharti Agung PCS yang juga Timbalan KetuaBahagian PCS N.11 Kiulu; En. Boby Ewat, Ahli Majlis Tertinggi;  dan Setiausaha EXCO Wanita PCS Pusat Puan Joana Amat. Resolusi itu dicapai setelah cadanganuntuk meletakkan Calun PCS di N.11 Kiulu dikemukakan oleh En. Nasip Lansa, Pengerusi JDM Telibong dan disokong oleh En. Joslin Ludsum, Pengerusi JDM PekanKiulu yang juga Ketua PACABA bagi PCS N.11 Kiulu.

Menurut sumber yang diperolehi oleh Berita Sabah, PCS Kiulu mempunyai barisan bakal calun yang boleh diketengahkan untuk dicalunkan pada PRU14 akan datang dan sesiapa sahaja di antara mereka yang akan dicalunkan akan mendapatsokongan padu dari semua ahli dan penyokong PCS dan akan berupa calun pilihan pada PRU14 nanti.

 

Sebahagian AJK PCS Bahagian N.11 Kiulu semasa mesyuarat bersama Presiden PCS