KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bukan saja menjejaskan kebanyakan premis dan pejabat yang diarah tutup, malah para pelajar turut bercuti panjang daripada hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Bagaimanapun, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian atau ‘online’ yang disarankan Kementerian Pendidikan membolehkan para pelajar meneruskan pembelajaran dari rumah walaupun situasi itu mungkin agak asing bagi kebanyakan pelajar.
Sesi PdP secara ‘online’ bukan sebenarnya bukan saja menuntut disiplin tinggi di kalangan pelajar kerana ibu bapa juga memainkan peranan penting demi memastikan anak-anak mereka mampu mengadaptasikan situasi ‘normal baharu’ sejak negara dilanda penularan wabak Covid-19.
Seorang ibu, Catherine Lujain, yang mempunyai tiga anak masih bersekolah, berkata, menyediakan persekitaran tempat belajar yang selesa adalah salah satu cara bagi memastikan anak-anaknya dapat belajar dengan baik di rumah.
“Ketika di awal pembelajaran anak-anak saya dijalankan secara online dengan menggunakan aplikasi Whatsapp, ia sesuatu yang baharu buat mereka.
“Apabila melihat keadaan itu (PdP secara online), saya sendiri terfikir yang saya perlu memainkan peranan saya sebagai ibu untuk memastikan proses pembelajaran baharu ini dapat berkesan kepada anak-anak saya,” katanya ketika dihubungi, di sini, baru-baru ini.
Catherine memberitahu, seorang anaknya kini belajar di sekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah.
“Saya akan pastikan anak saya bangun awal pada setiap pagi, membuat sarapan untuk mereka dan sediakan meja belajar.
“Selepas saja sarapan, anak-anak saya akan terus membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru secara online atau menggunakan Whatsapp,” katanya.
Beliau juga turut menyokong usaha kerajaan yang memperkenalkan kaedah PdP secara online terutama dengan keadaan negara sekarang masih lagi ‘berperang’ dengan Covid-19.
Sementara itu, seorang bapa, Dennis Patrick, berkata, PdP secara online telah banyak membantu anak-anaknya supaya tidak ketinggalan dari segi pembelajaran walaupun tidak ke sekolah.
“Anak-anak saya tidak mengalami kesukaran untuk belajar di rumah dan bagi saya sistem pembelajaran ‘E-Learning’ ini sangat menyeronokkan seolah-olah mereka belajar di sekolah,” katanya ketika dihubungi.
Dennis turut senada dengan Catherine yang berpendapat ibu bapa juga mempunyai peranan penting dalam menjayakan PdP secara online ini.
“Sudah tentu, kita perlu meluangkan masa membantu mereka sama seperti ketika mereka membawa pulang kerja rumah daripada sekolah sebelum ini.
“Selain membantu mereka belajar, kita juga perlu membimbing dan memberikan kaunseling sewajarnya agar mereka dapat biasa untuk belajar dalam suasana baharu iniā¦berikan semangat kepada mereka (anak-anak),” katanya yang mempunyai dua orang anak iaitu Dante Seanuau yang berlajar di sekolah rendah dan Deangelo Sinunduvan yang masih di bangku tadika./BERITA SABAH
More Stories
Hubungan baik ibu bapa dan guru teras kemenjadian murid
447,982 murid Tahun Satu terima bantuan awal mulai minggu ini
Delegasi UMS Adakan Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pengarah JTU Sabah