Pekerja ladang bertetak, saturang mati. Kejadian di saana Lahad Datu

Hanya disebabkan tidak tahan sering dipersendakan, seorang lelaki maut ditetak rakan sekerjanya di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dikatakan bertemu dengan dua rakan sekerja kerana berang dengan tindakan kedua-dua rakan sekerjanya.

Bagaimanapun, niat menyelesaikan masalah yang sudah lama terpendam itu berakhir tragedi dengan kematian manakala dua lagi suspek berusia 25 dan 35 tahun dipercayai turut cedera dalam insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di hadapan rumah pekerja ladang berkenaan.

Katanya, mangsa dikatakan pergi ke rumah kedua-dua suspek dengan membawa sebilah parang bagi menyelesaikan permasalahan antara mereka.

“Semasa berada di hadapan rumah suspek, berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum berakhir dengan insiden saling serang-menyerang antara mereka.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa parah akibat ditetak oleh kedua-dua suspek di kepala, tangan dan kaki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rohan berkata, kedua-dua suspek dipercayai adik beradik dikenali sebagai Darwin, 35, dan adiknya Darin, 25, terus melarikan diri sejurus selepas itu.

Katanya, mangsa cuba dibantu oleh pekerja lain namun dipercayai sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, punca pergaduhan adalah mangsa tidak puas hati kerana tidak dihormati oleh kedua-dua suspek.

“Setakat ini, seramai lima individu termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan lanjut,”katanya.

Rohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Khairuddin Husain di talian 013-9071709 atau tampil ke balai polis berhampiran. – Asia Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *