[ad_1]
Dalam perutusan sempena Hari Pekerja hari ini, beliau berkata ekonomi negara masa kini dan masa depan akan berteraskan automasi, risikan buatan, analisis Data Raya, robotik dan Internet Benda (IoT).
“Kita semua harus bersedia untuk menggarap sepenuhnya teknologi ini dalam mendepani cabaran baharu, ” katanya.
Mohamed Azmin berkata beliau yakin dengan bakat dan potensi pekerja Malaysia, dengan keterampilan mereka akan menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing di pasaran global.
“Tanpa dedikasi dan ketekunan mereka, Malaysia tidak mungkin menikmati kemakmuran yang dirasai bersama, ” katanya,
Secara keseluruhannya, produktiviti pekerja Malaysia mengikut jam bekerja terus meningkat tahun demi tahun dan pada tahun 2018, ia meningkat kepada 3.4 peratus.
“Untuk itu, marilah kita sambut Hari Pekerja dengan optimis dan keberanian untuk mendakap perubahan.
“Masa depan memang mencabar, namun membuka pelbagai peluang kepada mereka yang bersedia dan berkemahiran, ” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar