[ad_1]
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata pelajar boleh menyalurkan apa sahaja maklumat jenayah kepada pihak polis atau menerusi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
“Polis tidak boleh sentiasa berada di sekolah-sekolah, oleh itu pelajar perlu turut membantu menyalurkan apa jua maklumat kepada pihak polis.
“Mereka (pelajar) tidak perlu takut kerana identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi, segala maklumat akan dikumpul dan diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ismail Musa.
Sementara itu, Ismail berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak polis serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengekang penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.
…..
[ad_2]

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya