SANDAKAN: Projek pembinaan landasan lapangan terbang dan penyelanggaraan kawasan sekitar belum dapat dimulakan kerana masih menunggu kelulusan konsultan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun, berkata perkara itu dimaklumkan oleh pengurus tapak berkenaan dalam lawatannya ke tapak pembinaan itu hari ini.

Katanya, pihak kontraktor turut menyatakan kekesalan mereka kerana masih tidak dapat memulakan projek berkenaan.
“Biarpun sudah ada kelulusan di peringkat negeri, namun pihak kontraktor tidak dapat memulakan projek kerana masih perlu menunggu kelulusan daripada konsultan Jabatan Alam Sekitar.
“Pembinaan landasan ini adalah sambungan daripada projek sedia ada dan sepatutnya konsultan sudah beri kelulusan,” katanya di sini, hari ini.
Ket Kiun berkata, biarpun masih menunggu kelulusan, pihak kontraktor dilihat begitu agresif membuat persiapan dan kini giat melakukan proses pengumpulan tanah.
Katanya, mereka turut memberi jaminan akan memulakan operasi dan mengejar masa ditetapkan sebaik mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Bagi pembinaan laluan teksi pula, Ket Kiun berkata, ia sepatutnya dijadualkan siap pada bulan ini, tetapi tertangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Projek pembinaan laluan teksi ini dijangka siap tahun ini,” katanya.-http://beritasabah.com
More Stories
FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan
UMS terima kunjungan penanda aras EKSA dari PHKK, UMPSA
MSN 2023 Peringkat Negeri Sabah diadakan pada 24 – 26 Ogos 2023 di UMS